Skip to main content

Anda Perlukan Penjagaan Luka?

Tahukah Anda?

Luka dalam perubatan terbahagi kepada beberapa jenis. Jika dilihat dari segi masa penyembuhan, luka boleh dibahagikan kepada luka akut (luka baru), luka kronik (luka lama yang sukar sembuh), dan luka yang tidak sembuh dalam tempoh 2 hingga 4 minggu.

Luka kronik sering dipanggil luka ulser kerana ia mengambil masa lebih lama untuk sembuh dan biasanya berpunca daripada masalah kesihatan lain.

Dari Klasifikasi Menurut Punca Luka Adalah Seperti Berikut:

⦁ Luka trauma
⦁ Luka pembedahan
⦁ Luka terbakar (Burn wound)
⦁ Luka tekanan (Pressure ulcer)
⦁ Vasculitis Ulcer
⦁ Luka kanser (malignant ulcer)
⦁ Luka kencing manis (Diabetic Ulcer)
⦁ Arterial Ulcer
⦁ Venous Ulcer
⦁ Neuropahtic Ulcer

Solusi Lebih Mudah Dengan

Pengurusan Luka Akut Atau Kecederaan

Haemostasis

Apabila berlaku luka dan berdarah perkara asas yang perlu dilakukan adalah memberhetikan darah tersebut dengan menekan luka dengan kain atau gauze yang bersih.

01

Membersihkan Luka

Membersihkan luka dengan air yang bersih dan membuang kotoran sekitar luka jika ada.

02

Analgesia (Ubat Tahan Sakit)

Pengambilan ubat tahan sakit untuk mengurangkan sakit. Ubat tahan sakit yang paling mudah didapati adalah paracetamol atau Panadol. Pastikan anda mendapatkan nasihat doctor jika perlu ubat-ubatan tahan sakit yang lebih kuat.

03

Penutupan / Jahitan Kulit Jika Perlu

Jahitan pada luka perlu dilakukan jika luka sangat besar dan pendarahan tidak diberhentikan. Oleh itu penilaian doctor sangat diperlukan.

04

Balutan (Dressing)

Balutan yang bersih perlu diperhatikan untuk menjamin kesembuhan luka dan mengelak jangkitan kuman. Luka yang kotor mungkin akan memerlukan pertimbangan dari doctor untuk pengambilan antibiotic.

05

Soalan Lazim (FAQ)

Adakah Doktor mempunyai kemahiran?

Doktor bedah kami mempunyai kemahiran yang meluas dalam pembedahan kecil dan besar seperti laparotomy, appendicectomy, hernia repair, excision biopsy, pembuangan ketumbuhan, rawatan buasir dan banyak lagi.

Lama ke prosedur ni?

Bergantung pada apa jenis pembedahan kecil yang ingin di lakukan.

Untuk kanak-kanak boleh ke?

Boleh sekiranya kanak-kanak itu boleh memberi kerjasama dan mendengar arahan doktor semasa prosedur, jika tidak mungkin iba bapa perlu mententeramkan anak mereka semasa porosedur.

Apa Kata Mereka?

Jom buat temujanji bersama doktor kami dan legakan kesakitan anda